Mengenai Kumpulan MY Beauty Esthetics

myBeauty Esthetics GroupKumpulan MY Beauty Esthetics mula beroperasi dengan pembukaan syarikat MY Beauty Academy pada Februari 2010 oleh pengasas kami, Puan Juliana Ngok, dengan visi untuk menggalakkan pendidikan kosmetologi dan melahirkan pekerja kosmetologi yang berkualiti tinggi dan mahir untuk berkhidmat dalam industri kecantikan.

Sejak 2010, MY Beauty Academy telah berkembang dan ditukar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad pada tahun 2013, MY Beauty Academy Sdn Bhd dan terus membangunkan beberapa lagi anak syarikat yang memberi tumpuan kepada menyediakan kursus-kursus dan perkhidmatan untuk rakyat Malaysia yang berminat menceburi bidang kosmetologi atau untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan juga untuk memperakui pekerja-pekerja kemahiran yang berkelayakan dalam industri kosmetologi.

Mengenai Pengasas Kami
Puan Juliana Ngok mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam pengurusan operasi dan amalan kosmetologi serta berkelayakan dari CIDESCO, GIPTAC, GLOBAL, SKM 1/2/3/4/VTO/VTE/PP-PPT/PPL/PP-PPD- PPB dan Teknik Aromaterapi Eve Taylor. Beliau kini mengetuai bahagian Pendidikan Kosmetologi untuk memastikan semua piawaian pendidikan kosmetologi dan pengesahan adalah selaras dengan visi kumpulan itu.

Berikut adalah keterangan ringkas setiap syarikat:

myBeauty Salon and AcademyMY Beauty Academy Sdn Bhd (1057145-P)  Akademi ini lengkap dengan pusat latihan kecantikan dan salun kecantikan dengan peralatan kecantikan canggih dan produk rawatan dan penjagaan kulit kecantikan. Ini menyediakan persekitaran yang memberikan pendedahan kepada pelajar kami untuk operasi sebenar salun kecantikan dan praktikal terus kepada pelanggan. Sebagai pusat jenama eksklusif Eve Taylor, pelajar juga akan didedahkan dalam pengetahuan produk Eve Taylor.

Pusat ini juga adalah Pusat Latihan dan Syarikat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang mejalankan kursus kecantikan, terapi urut dan terapi aroma yang diakreditasi melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

myBeauty ConsultancyMY Beauty Academy (IP0321637-U) ditukar objektif pada tahun 2013 untuk memberi tumpuan dalam menyediakan khidmat perundingan untuk nasihat pembukaan salun kecantikan, pusat latihan bertauliah, penyedia latihan pekerja, penyelidikan dan pembangunan prosedur rawatan kecantikan. Perkhidmatan perundingan adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi industri kecantikan / kosmetologi.